sucinya tubuhmu sesuci hatimu
halus kulitmu sehalus wajahmu
manis lirikanmu semanis senyummu
manja suaramu semanja sentuhanmu
resah sehari tanpa dirimu
sebak jantungku dek tangis hibamu
bahagia di halwa dek riang tawamu
lapangnya hati tatkala kamu lena beradu
teruja di jiwa menantimu dewasa
bertingkah gundah andai musibah menduga
doa di panjat pada yang Esa
moga kamu kukuh berpaut pada tali-Nya
andai takdir memisah kita
tiada kupinta selain bahagia
jadilah permata umi ke syurga
kerana kamulah belaian jiwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan