A Step To Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Hero

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Isnin, Jun 11, 2012

anak jati sungai lembing

Ahad..10 Jun 2012..2.15 pagi..

Dikejutkan dengan panggilan telefon dari pakcik aku di sg.lembing..berita yg amat mengejutkan seluruh keluarga..poksu mat kemalangan n maut ditempat kejadian..

arwah adalah pkcik sepupu aku..dia mmg sangat dikenali oleh kaki2 gunung krn beliau merupakan seorang pemandu arah kpd pendaki2 yg ingin mendaki gunung tapis di sg.lembing..sewaktu kejadian beliau sedang membawa lebih kurang 20 org pelajar Kolej Komuniti Ktn mndaki di situ..abg badul (sepupu aku) yg sentiase bsama arwah bgtau kami sewaktu kejadian arwah sdg memastikan khemah2 student tu slmt dari panahan petir..tp ditakdirkan sewaktu arwah sdg memerhatikan khemah2 tu, sebatang dahan pokok patah & terus menghempap kepala arwah..kejadian berlaku pd hari sabtu, lebih kurang 11.30mlm..

dek kerana cuaca buruk, abg badul terpaksa mendaki lebih kurang 2 jam utk mencari signal telefon bagi mendapatkan bantuan..hanya setelah itu, barulah pkcik aku dpt dihubungi n beliau telah memaklumkan kpd pihak2 berkenaan perkara tersebut.

Slps subuh kami sekeluarga ke sg. lembing & mndapati pihak, polis, bomba, org2 kmpg sudah ramai..Namun jenazah tdk dpt dikeluarkan kerana jln licin & bbatu. Helikopter yg digunakan tdk dapat mengenalpasti lokasi kerana kabus tebal..Hanya lebih kurang jam 2 ptg barulah jenazah dpt dikeluarkan dan diterbangkan trus ke Kemunting.

alhamdulillah segalanya selesai jam 10mlm smlm..sempat aku btegur sapa dgn syikin, kak zela n kak am yg juga hadir mlm smlm sewaktu jenazah disembahyangkan..

tiada lagi gurauan arwah, ketupat yang dianyam arwah, sengeh n jenaka yg sentiase melucukan kami semua..kali terkahir aku bjumpa arwah 2 minggu yg lepas..arwah sempat bgurau sewaktu mendukung azeem.."Na, anak aok ni kalo ksik pengasuh jaga, mmg x padan bayo 300..kena bayor seribu..berat mcm ke gajoh.."



arwah yg duduk sbelah kiri budak bbaju askar tu..
gambar ni di ambil masa arwah bawa staf2 UMP mendaki thn 2010..


al-fatihah utk poksu mat..